Thursday, 27 December 2018

3-Tier Tiffin Carrier - Blue

3-Tier Tiffin Carrier - Blue

Hadiah perkahwinan Kak Ani dan suami dulu kebanyakannya ialah perkakas dapur. Antaranya ialah dulang, bekas isi rempah, gelas, periuk dan pinggan mangkuk. Jadi, dah mudah, tak perlu cari yang lain lagi. Pakai saja yang diberikan.

Begitulah. Bila tiba masa nak beri hadiah kepada orang lain pula, Kak Ani pun suka  berikan barang yang akan digunakan. Bukan apa, hadiah-hadiah seperti ini sangat membantu pasangan yang baru berkahwin. Tidaklah perlu keluarkan kos tambahan lagi, apabila berpindah ke rumah sendiri.

https://bykhm.onpay.my/order/form/3ttiffin/243


Wednesday, 26 December 2018

Jualan Pre-order Steamer Stainless Steel.


Multifunction Steamer ini bagus sangat weh! Kami semua duk guna. Ada 3 lapis yang mana boleh kukus berbagai-bagai makanan. 


Kek, kuih talam, brownies, sayur, ikan, ayam daging semua boleh. Power dan berguna sangat. Saiznya yang tak berapa besar dan tak juga kecil itu yang best, senang nak basuh, senang juga nak simpan. 


Penutupnya semi glass yang kita boleh tengok dari atas. Kemudian kita boleh guna lapisan tengah atau tak. Terpulang. 


Kami kukus makanan, memang segar! Puas hati kerana lubang-lubang penapis itu memang tersusun lawa! 


Dari stainless steel, jadi memang takkan karat. Ada 2 steamer partition, dan ada 1 high capacity pot (bahagian bawah). 
 

Hanya RM199.90 sahaja! Tempah sekarang! Puas hati pakai puluh-puluh tahunnnn!


*Ini adalah pra pesan. Penghantaran akan dibuat pada 20 Januari 2019.


Penghantaran ke Semenanjung Malaysia sahaja.

Kami akan mengemaskini kos pos ke Sabah/Sarawak kemudian.



https://bykhm.onpay.my/order/form/steamer9/243


Tuesday, 19 January 2016

Kenali Pemilik Blog

Teks dan foto : Saniah Mat Sanat
Bismillah.  Alhamdulillah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, setinggi pujian dan syukur dirafakkan ke hadrat Allah atas nikmat iman dan Islam serta rezeki kesihatan tubuh badan dan rezeki kebahagiaan hidup.  Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar  Nabi Muhammad serta seluruh kaum keluarga dan para sahabat yang dikasihi.

Nama saya Saniah Mat Sanat.  Dilahirkan pada 21hb Februari tahun 1977, dibesarkan dan mendapat pendidikan rendah di Bukit Merah, Perak.  Kemudian saya meneruskan pendidikan rendah dan menengah di Felda Keratong 09, Bandar Muadzam Shah, Pahang.  Ayah saya seorang peneroka dan ibu seorang surirumah.  Saya mempunyai sembilan orang adik beradik dan saya adalah anak yang keempat dari empat orang lelaki dan lima orang perempuan.  Saya mempunyai seorang kakak, dua orang abang, dua orang adik perempuan dan dua orang adiik lelaki.

Saya tamat belajar dengan kelulusan Sijil Rendah Pelajaran. Selepas menamatkan pelajaran, saya membantu ibu dan ayah di rumah.  Waktu itu, saya membantu menjaga adik bongsu kerana ibu menghidapi penyakit.  Selepas ibu pulih, saya bekerja sebagai pembantu kedai.  Tidak lama kemudian, saya bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Segamat, Johor dan berpindah pula di Bangi, Selangor.

Saya cuma melalui alam pekerjaan selama empat tahun.  Saya bertemu dengan suami dan membuat keputusan berkahwin semasa berusia dua puluh tahun.  Selepas berkahwin, saya terus menjadi surirumah sepenuh masa dan kini mempunyai tiga orang cahayamata.  Kini, anak sulung saya sudah berusia lapan belas tahun dan anak kembar saya berumur lima belas tahun.

Walaupun saya telah berkahwin minat membaca tidak saya lupakan.  Saya minat membaca semenjak saya bersekolah rendah lagi.  Pada masa itu ada juga teguran dari kakak yang mengatakan saya membaca buku yang bukan sepadan dengan usia saya.  Sebenarnya membacalah yang menambah ilmu dan mematangkan saya.

Moga pengalaman dalam universti kehidupan ini memberi manfaat.  In shaa Allah.
Astaghfirullah.  Wallahu'alam.